Bookkeeping adalah asas kepada accounting.

Setiap transaksi bisnes wajib direkodkan untuk pegawai akaun membuat laporan kewangan.

Namun kesalahan dalam membuat bookkeeping telah menyulitkan urusan accounting.

Bookkeeping haruslah dibuat dengan betul dan kesalahan haruslah minimum. Ini pun disebabkan kelemahan manusia yang terlepas pandang.

Kami kongsikan 8 kesalahan bookkeeping yang pemilik bisnes sering lakukan agar anda yang baca ini tidak mengulangi kesalahan yang sama.

1. Tidak simpan slip transaksi

Tiada siapa yang ingin diaudit, namun apa bila ia berlaku anda akan berasa lega kerana setiap bukti transaksi disimpan.
Setiap bukti dan resit transaksi perlu disimpan untuk tujuan bookkeeping.



2. Pemilik bisnes buat sendiri

Tidak ada pengalaman atau pernah belajar mengenai bookkkeeping, pemilik bisnes mengambil keputusan untuk buat sendiri.

Perkara yang ingin dielakkan dalam membuat bookkeeping adalah dengan membuat kesalahan.

Ia akan menyusahkan pegawai akaun di kemudian hari untuk membuat laporan kewangan.

Upah bookkeeper yang berpengalaman. Mereka ada skill untuk membuat kerja dengan lebih cepat dan efektif.

3. Lupa nak claim perbelanjaan

Membayar keperluan bisnes menggunakan akaun personal atau menggunakan cash ditangan dahulu, selepas itu terlupa nak claim perbelanjaan.

Walaupun bisnes itu miilik sendiri, tak patut kita bayar expenses bisnes menggunakan duit personal. Gunakan duit bisnes.



4. Tidak berkomunikasi dengan bookkeepers

Sama ada upah pekerja untuk membuat bookkeeping atau mengambil servis daripada firma accounting, pemilik bisnes perlu selalu berkomunikasi dengan bookkeeper yang dilantik.

Apa guna bayar mereka, jika anda tak berikan resit transaksi dan maklumat yang diperlukan untuk membuat bookkeeping.

Tambahan lagi, untuk menyemak rekod yang dibuat selari dengan transaksi yang dilakukan. Seperti yang kami nyatakan di atas, untuk mengurangkan kesalahan yang dibuat disebakan kesalahan manusia terlepas pandang itu sendiri.

Ia lebih mudah untuk membuat semakan jika jumlah transaksi itu sedikit daripada menunggu transaksi itu berlambak.

5. Rekod bookkeeping yang dibuat tidak selari penyata bank setiap bulan

Rekod bookkeeping harus selari penyata akaun bank yang dihantar ke alamat bisnes kita setaip bulan.

Apa guna buat bookkeeping jika ia tidak sama dengan rekod bank. Ini juga faktor kenapa anda perlu melantik bookkeeper yang berpengalaman.



6. Tidak membuat backup resit dan bukti transaksi

Sediakan payung sebelum hujan. Selalu bersedia dengan backup, kita tidak akan tahu bila rekod, resit dan bukti transaksi kita itu akan hilang, rosak atau tak boleh akses.

Simpan resit yang asal, fotostat dan simpan dalam file, tangkap gambar dan simpan dalam cloud storage. Ini antara perkara yang boleh dilakukan.

7. Tidak mengisi slip keluar duit daripada petty cash. Akibatnya lost track duit yang keluar daripada petty cash

Rekod duit keluar daripada petty cash. Apabila wang dalam petty cash sudah hampir tiada, cheque atau cash boleh dikeluarkan untuk topup balik duit dalam petty cash.



8. Salah kategorikan transaksi

Dalam bookkeeping ada standard kategori. Setiap transaksi perlu dimasukkan ke dalam kategori yang betul.

Namun, banyak transaksi masuk dalam kategori yang salah atau terlampau banyak kategori dibuat.

Pelajari guideline untuk membuat bookkeeping atau upah sahaja bookkeeper yang berpengalaman.

Starpark Business Services juga ada menawarkan servis bookkeeping.

Dapatkan quotation dengan bercakap dengan konsultan kami.

https://starpark.my/


0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *