Behind every good business is a great accountant

Antara fundamental atau asas bisnes adalah akaun.

Setiap bisnes perlu buat accounting.
Sama ada anda di tahap startup dan bisnes yang sudah lama.

Baru memulakan bisnes, mungkin kita tak ambil port sangat tentang accounting ni.
Yang jadi keutamaan kita hanya pastikan duit dalam bank cukup setiap bulan untuk bayar perbelanjaan dan gaji kita.

Ini kesilapan majoriti pemilik bisnes kecil di Malaysia.
Tunggu sedebuk dulu duit masuk dalam akaun, masa tu baru nak upah akauntan untuk buat akaun bisnes kita.

Masa itu transaksi kita sudah banyak. Akauntan akan mengalami kesukaran untuk track balik transaksi bisnes kita di awal dahulu.
Dan ia akan mengambil masa yang lama dan kos yang tinggi untuk upah akauntan yang berpengalaman.

Jadi sebelum ini terjadi, pemilik bisnes perlu belajar uruskan akaun sendiri sebelum bisnes berkemampuan untuk upah akauntan sendiri.

Mulakan dengan bookkeeping.

Kami kongsikan 8 tips bookkeping yang pemilik bisnes boleh apply terus ke bisnes mereka.

1. Asingkan akaun bisnes dengan akaun personal

Antara kesilapan besar pemilik bisnes kecil adalah mengabungkan akaun personal dengan akaun bisnes.
Biasa akan gunakan satu akaun. Di situ duit bisnes dan situ juga duit peribadi kita berada.

Akibatnya, duit dalam akaun itu digunakan sesukan hati untuk perbelanjaan harian seperti beli barang dapur, bayar loan kereta dan lain-lain.

Bila anda buat keputusan untuk berbisnes, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah mendaftarkan bisnes di SSM dan bawa sijil pendaftaran ke bank untuk buka akaun bisnes.

Sudah buka, pastikan segala hasil jualan bisnes masuk ke dalam akaun bisnes.
Bank akan berikan penyata bulanan. Di situ anda boleh lihat berapa duit yang masuk bulan itu dan berapa duit yang keluar.

Jadi akan boleh keep track kewangan bisnes.

2. Automate kerja bookkeeping selagi boleh

Bookkeeping adalah kerja yang penting tapi tak produktif.
Sebagai pemilik bisnes, lebih baik fokus kerja-kerja yang akan mengembangkan bisnes.

Serahkan kerja bookkeeping kepada orang lain.
Upah staff, atau outsource saja kerja ni pada freelancer dan accounting firm.

3. Buat weekly checkup

Ini mungkin kedengaran agak bosan jika anda adalah orang yang tak suka baca nombor. Namun kerja ini penting.

Buat semakan transaksi bisnes dengan bookkeeping yang telah dibuat agar semuanya dalam keadaan baik.

Ia juga untuk menyemak kesalahan yang mungkin ada. Manusia sifatnya tidak sempurna, mungkin ada kesalahan yang tidak disedari dalam bookkeeping.

4. Buat quarterly checkup

Ini perkara yang best tentang bookkeeping.
Setiap 3 bulan analisa bookkeeping bisnes.
Tengok trend positif dan negatif dalam bookkeeping.

Adakah revenue bisnes meningkat atau menurun ?
Atau mungkin ada customer yang suka melambatkan pembayaran ?

Dengan melihat trend-trend sebegini akan dapat membantu anda membuat pelan strategi yang lebih baik untuk bisnes.

5. Simpan slip transaksi bisnes. Dokumenkan !

Bukti transaksi harus disimpan dan didokumenkan.
Simpan dalam banyak bentuk seperti gambar dan fizikal.
Ia sebagai backup untuk kejadian yang tidak diingini.

Anda tidak akan tahu bila cloud storage akan crash dan anda tidak dapat akses kepada gambar.
Sekurang-kurangnya anda dah buat backup siap-siap.

6. Dapatkan khidmat profesional bookkeeping jika anda perlukan

Terdapat banyak firma accounting yang menawarkan servis bookkeeping pada harga yang berpatutan.
Anda boleh dapat servis daripada akauntan yang berpengalaman pada kos yang berpatutan.

7. Pastikan akaun untuk duit masuk sentiasa tiptop

Antara sebab akaun selalu mengalami short adalah disebabkan ada beberapa customer yang melambatkan pembayaran.

Customer yang suka bayar lambat ni sebenarnya menyusahkan bisnes.
Untuk atasinya, selalu crosscheck dengan mereka. Jika perlu, cadangkan jadual pembayaran jika mereka tidak mampu bayar penuh.

8. Pastikan akaun cukai selalu diupdate. Prepare awal sebelum bayar cukai

Kira berapa cukai yang perlu dibayar.
Anda boleh saja kurangkan jumlah cukai dengan berbelanja dengan betul seperti menambah aset syarikat.

Categories: Blog

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *