Bookkeeping boleh menjadi rujukan terbaik pemilik bisnes dalam merangka strategi bisnes.
Jika bookkeeping dibuat dengan baik, strategi yang lebih baik boleh dirangka.

Adakah bil selalu lambat dibayar ?
Berapa orang customer yang suka melambatkan pembayaran ?
Bagaimana cashflow bisnes ?

Ini antara perkara yang boleh dianalisa dalam bookkeeping.

Sebab itulah, pemilik bisnes perlu mendapatkan bookkeeper yang berpengalaman dan mahir. Hal ini kerana data-data di atas yang anda mahu lihat.

Selain untuk membuat laporan kewangan bagi tujuan pembayaran cukai, strategi bisnes pun boleh dibuat dengan melihat bookkeeping.

Laporan kewangan sama dengan prestasi bisnes.
Untuk menghasilkan laporan kewangan, bookkeeping wajib dilaksanakan terlebih dahulu.

Seperti kami nyatakan di artikel-artikel yang lepas, anda boleh mengambil pekerja, freelancer atau firma perkaunan untuk membuat aktiviti bookkeeping.

Sebagai pemilik bisnes, kita juga perlu memahami asas bookkeeping. Hal ini untuk kita mengetahui kerja yang dilaksanakan oleh bookkeeper dan semestinya untuk kita menganalisa prestasi bisnes kita.

Kami kongsikan 10 asas bookkeeping yang pemilik bisnes perlu tahu.

1. Cash Account

Ini yang paling basis. Semua transaksi bisnes akan masuk ke dalam cash account.
Sebab itu bookkeeper akan menggunakan dua akaun dalam cash account – Cash Receipt & Cash Disbursement. Hal ini untuk rekod setiap transaksi masuk dan keluar.

2. Account Receivable

Jika model bisnes adalah bisnes yang memberikan servis atau produk tanpa menerima bayaran penuh, account receivable akan digunakan.
Account receivable adalah rekod customer yang belum membuat pembayaran.

Account ini perlu diklasifikasikan sebagai citical dan selalu disemak, agar pekerja kita dapat menghantar invois dan bil kepada customer pada waktu yang tepat.

3. Account Inventory

Produk yang sedia untuk dijual atau stock yang ada di gudang. Kiraan secara manual perlu dibuat untuk selalu update account inventory.

4. Account Payable

Ini akaun untuk duit keluar. Biasanya untuk membayar bil dan kos overhead yang lain.
Bookkeeping yang bagus memastikan bil dibayar tepat pada waktunya dan memastikan anda tidak membuat dua kali pembayaran.

Dengan ini anda sebagai pemilik bisnes jelas akan perbelanjaan yang perlu dikeluarkan pada setiap bulan.

5. Loans payable

Jika bisnes ada berhutang sama ada dengan bank, agensi dan individu untuk membeli peralatan dan keperluan bisnes, account ini akan track berapa banyak bisnes anda berhutang.

6. Account Sales

Setiap hasil jualan bisnes harus direkod dalam account sales. Rekod hasil jualan dengan terperinci seperti masa, tempat dan nama produk.
Dengan ini anda mengetahui prestasi jualan bisnes anda. Cukup ataupun tidak ?

7. Account Purchases

Akaun ini untuk merekod pembelian keperluan bisnes seperti bahan untuk membuat produk dan kos yang terlibat untuk menghasilkan jualan – COGS (Cost of Good Sold).

Di mana sales perlu ditolak dengan COGS untuk mendapatkan untung kasar sesetiap produk.

8. Payroll Expenses

Biasanya, ini kos yang paling besar untuk bisnes. Membayar gaji pekerja.
Pastikan akaun ini sentiasa tepat untuk pembayaran gaji, KWSP, Socso, kiraan income tax dan kelebihan lain yang anda berikan pada pekerja.

9. Owner Equity

Akaun ini merekodkan jumlah pelaburan yang diletakkan ke dalam bisnes oleh setiap pemilik bisnes.
Bisnes kecil biasanya dimiliki satu atau lebih individu.

Untuk bisnes kecil, tiada saham. Jadi akaun ini digunakan untuk merekod jumlah pemilikan setiap pemilik bisnes.
Ia merekodkan setiap pelaburan seperti duit, aset, kenderaan dan pejabat yang dilaburkan untuk menggerakkan bisnes itu.

10. Retained Earnings

Hasil keuntungan bisnes yang tidak dibayar kepada pemilik bisnes namun dibiarkan sahaja di dalam akaun bisnes.
Retained earnings ini adalah kumulatif bermaksud berapakah jumlah yang telah dikekalkan sejak bisnes bermula.

Nak uruskan akaun ini tidak mengambil masa yang lama.
Pemilik bisnes dan pelabur dapat melihat prestasi bisnes sejak ia bermula.



Ini adalah asas bookkkeping yang pemilik bisnes wajib tahu.
Lantik bookeeper yang mahir dan berpengalaman untuk membuat bookkeeping.

Apabila rekod transaksi bisnes jelas, anda pun boleh membuat strategi yang lebih baik untuk bisnes.

Starpark Business Services adalah firma perkaunan yang menberi servis Bookkkeeping dan Account Admin.

Ketahui lebih lanjut dengan bercakap dengan konsultan kami :

http://nak.la/sbs

Categories: Blog

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *