Berbisnes biarlah sampai menjadi legasi.
Pepatah yang otai bisnes selalu sebut.

Bisnes dimulakan sebab banyak faktor. Setiap orang berbeza sebabnya.
Namun yang pasti, orang berbisnes sebab nak untung.

Bookkeeping adalah tools yang penting untuk lihat bisnes buat untung atau rugi.
Lihat trend duit keluar dan duit masuk. Dah nampak trend, baru boleh buat rancangan bisnes yang berkesan.

Berapa duit yang perlu masuk bulan ini dan berapa duit yang wajib keluar.
Sebab lain dan ramai orang takut, adalah untuk bayar cukai.

Buat bookkeeping dahulu, baru boleh buat penyata kewangan.
Daripada penyata kewangan, baru boleh dikira berapa jumlah cukai yang perlu dibayar.

Tip yang kami kongsikan dibawah untuk pemilik bisnes, agar akaun mereka cantik sahaja

1. Asingkan akaun peribadi daripada akaun bisnes

Mencampur adukkan akaun bisnes dan akaun personal. It’s BIG NO !

Pening kepala nak uruskan akaun yang berterabur begini.
Ambil masa yang lama nak asingkan : yang mana satu perbelanjaan bisnes, dan yang perbelanjaan peribadi.

Solusi: Buat akaun bisnes yang lain. Setiap bulan ambil gaji masuk akaun peribadi.

2. Automasi kan apa sahaja proses (Jika boleh)

Bookkeeping, kalau di sekolah kita diajarkan menggunakan buku ledger atau gunakan excel.

Sekarang teknologi makin maju, macam-macam sistem dan app telah dibuat untuk memudahkan kerja bookkeeping.
Seperti WaveAccounting dan Niagawan. Ada yang percuma dan ada yang perlu keluar modal sedikit.

3. Dapatkan nasihat pakar

Bisnes baru bertatih, masih baru usianya. Masih tidak mampu nak ambil pekerja.
Semua kena buat sendiri. Namun ia bukan alasan untuk kita tidak pergi belajar.

Akaun adalah perkara yang rumit jika kita tidak pernah belajar mengenainya, oleh sebab itu kita harus jumpa pakar untuk mahir.

Namun ini tidak bermakna selamanya kita perlu buat bookkeeping.
Bisnes sudah mampu, lantik pekerja atau upah thirdparty macam Starpark Business Services.

4. Review akaun

Bermain dengan nombor, memang error itu tidak dapat dielakkan.
Jika kita mampu, tiap minggu buat semakan agar apa yang direkodkan itu semua betul.

5. Buat quarterly review

Setiap 3 bulan dapatkan dapatkan review. Untuk kita lihat prestasi akaun kita.

Daripada segi duit keluar dan duit masuk. Lihat sepanjang 3 bulan ini, bisnes buat untung atau sebaliknya.

6. Rekod semua perbelanjaan bisnes

Asas. Rekod semua.
Simpan semua bukti perbelanjaan.
Buat juga backup seperti gambar resit, invois.

7. Gunakan sistem untuk rekod kedatangan pekerja

Ini untuk bayar gaji pekerja. Sistem memudahkan kita lihat kedatangan pekerja dan jumlah masa bekerja.

8. Pastikan akaun penerimaan sentiasa tiptop

Ini ibarat nyawa bisnes. Duit masuk.

Akaun penerimaan perlu sentiasa cantik duit masuknya.
Kejar client untuk bayar tepat pada waktunya.

9. Pemilik bisnes perlu tahu berapa jumlah cukai yang perlu dibayar

Kebanyakan orang yang berbisnes takut nak bayar cukai walhal cukai ini lah menandakan bisnes membuat untung.

Nak tahu berapa jumlah cukai yang perlu dibayar? Penyata kewangan adalah tempat rujukannya.

10. Dapatkan khidmat nasihat dan servis daripada Starpark Business Services

Anda tak mahu pening kepala buat akaun sendiri atau upah pekerja yang tak kompeten buat bookkeeping.

Starpark Business Services adalah firma outsourcing yang menawarkan servis

1. Bookkeeping
2. Virtual Account Admin
3. Quarterly Account Review
4. Monthly Payroll

Servis boleh diambil dengan wassap terus kepada Sales Associate kami di : 6011 2107 4142


0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *